Sabtu, 5 Ogos 2017

Jangan sorok kes gangsterisme di sekolah

JOHOR BAHRU: Pihak sekolah diingatkan tidak menyembunyikan kegiatan gangsterisme di sekolah hanya untuk menjaga nama baik sekolah sehingga boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan lambat dijalankan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata gangsterisme di sekolah bukan kegiatan baru tetapi kini isu itu menjadi semakin canggih apabila turut menimbulkan kegiatan jenayah lain termasuk membabitkan wang.

"Jangan sembunyi (kes). Pihak sekolah perlu berterus terang kegiatan gangsterisme di sekolah mereka supaya kita dapat ambil tindakan.

"Pihak sekolah kena bagi maklumat kepada polis kerana langkah penguatkuasaan di bawah (kuasa) polis. Kalau pihak sekolah tidak melaporkan apa-apa kegiatan gangsterisme dengan cepat, maka tindakan diambil oleh polis juga akan lambat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah program Amerin Rotary Charity Carnival 2017, di sini hari ini.

Pada masa sama Nur Jazlan berkata, hubungan erat antara pihak pengurusan sekolah dengan polis setempat juga penting bagi memudahkan maklumat dan langkah pencegahan dijalankan.

Semalam, polis Selangor mengesahkan menahan sembilan lagi pelajar di beberapa sekolah di Klang kerana dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Penahanan pelajar Tingkatan Lima, Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga di sekitar Klang itu susulan penahanan 13 pelajar oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sebelum itu kerana dipercayai menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Setakat ini polis masih menyiasat melihat sejauh mana pembabitan mereka dengan kumpulan kongsi gelap itu.

Disediakan oleh , DIYANA ELLIN
SUMBER ;  https://www.bharian.com.my/node/274932

Gangstrisme kerana sistem ' penjara sekolah' di Malaysia

Berita penahanan 18 pelajar sekolah di Klang yang menjadi viral baru-baru ini mengembalikan perhatian semua pihak terhadap isu pelajar sekolah dalam gangsterism.
Ini bukanlah perkara baru dan penglibatan pelajar sekolah dalam geng kongsi gelap sudah kian lama bertapak di sekolah dan di luar sekolah tetapi hanya menjadi isu kepada kita apabila kejadian sebegini berlaku.
Semua pihak sentiasa menunding jari pada pihak lain untuk menutupkan kelemahan masing-masing. Akhirnya kesemua kesalahan ini akan ditujukan terus kepada pihak ibu bapa kononnya ibu bapa telah gagal membimbing anak mereka dengan baik.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang setimpal dalam memimpin anak-anak mereka menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga dan negara.
Namun, hakikatnya kaum pelajar meluangkan hampir 6-8 jam di sekolah setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Ini tidak termasuk jika mereka menghadiri kelas tambahan atau aktiviti kurikulum pada hari Sabtu.
Ini menunjukkan sepanjang usia persekolahan, hubungan di antara pelajar dan sekolah tidak dapat dipisahkan.
Penerangan ini bukan untuk menunding jari pada pihak sekolah semata-mata tetapi menukilkan persoalan sama ada sistem pendidikan negara menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti luar seperti gangsterism?
Sistem pendidikan di negara kita terlalu “Exam Oriented” iaitu penilaian prestasi pelajar dibuat berdasarkan penghafalan dan peperiksaan.
Contoh yang sangat mudah, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun di tadika dibekalkan 10-16 buku latihan. Setiap hari diberi 5-10 latihan untuk dibuat di rumah.
Ini adalah perkara benar dan rungutan ibu bapa yang mempunyai anak baru melangkah ke alam prasekolah.
Contoh Finland
Apakah jenis sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita? Kenapa kanak-kanak yang harus bermain dan berinteraksi dalam usia awalan ditekankan dengan satu sistem pendidikan yang menjadikan mereka sebagai robot?
Finland sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang boleh dikatakan terbaik di dunia. Bayangkan sebuah negara di mana kanak-kanak hanyalah perlu bermain sehingga mereka mendapat pendidikan wajib iaitu pada usia 7 tahun.
Kemudian, tanpa pengecualian mereka menghadiri sekolah komprehensif iaitu pendidikan tidak berdasarkan peperiksaan dan pencapaian akedamik sehingga umur 16.
Pelajar pada usia 16 tahun boleh memilih untuk meneruskan pendidikan mereka sama ada berdasarkan prestasi akademik (lukio) atau trek vokasional (ammattikoulu), kedua-duanya biasanya mengambil masa tiga tahun dan memberikan kelayakan untuk meneruskan pengajian tinggi yang dibahagikan kepada universiti dan politeknik.
Mengenakan yuran sekolah adalah satu kesalahan dan haram di Finland. Maka negara Finland menawarkan pendidikan percuma dari tadika hingga universiti berserta makanan percuma untuk semua pelajar.
Selain itu Finland juga menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar dari kawasan pedalaman. Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan berdasarkan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan kepandaian akademik. Tiada pemeriksa, tiada peperiksaan sehingga umur 18 tahun, tiada jadual sekolah, tiada industri tuisyen swasta, tiada pakaian seragam sekolah.

Kanak-kanak memanggil guru dengan nama pertama mereka. Pelajar berusia 15 tahun diberi kerja rumah tidak lebih daripada 30 minit semalam.
Apabila melihat sistem pendidikan begini ramai akan bertanya-tanya, kalau tak baca buku, tak buat peperiksaan macamana pelajar nak pandai?
Kadar literasi iaitu keupayaan membaca, menulis dan memahami Finland adalah 100% berbanding di Malaysia 94.6% iaitu lebih rendah daripada negara jiran kita Thailand iaitu 96.7%.
Penjara sekolah
Daripada contoh di atas jelas menunjukkan terdapat satu masalah yang besar dalam sistem pendidikan di negara kita.
Bermula daripada tadika sama ada umur 5 atau 6 tahun hinggalah 17 tahun (SPM) atau 19 tahun (STPM/Matrikulasi/A Level) pelajar dipenjarakan dengan satu sistem pendidikan berorientasikan akademik dan peperiksaan.
Setiap manusia mempunyai kelebihan, keistimewaan dan minat yang berbeza-beza. Begitu juga pelajar. Pelajar yang mempunyai minat dalam pembelajaran akan belajar rajin-rajin dan skor markah yang tinggi.
Pelajar yang tiada minat dalam pembelajaran akan terpinggir dan dikategorikan sebagai pelajar tidak pandai atau bodoh. Inilah sistem pendidikan yang diagung-agungkan kerajaan sebagai sistem pelajaran “terbaik”.
Malangnya kita terlepas pandang bahawa sistem pendidikan ini melahirkan pelajar sebagai robot untuk pasaran selepas tamat pengajian mereka. Benar ungkapan sekolah bagai penjara, universiti bagai kilang dan pelajar-pelajar produk pasaran kelak.
Gangsterisme
Apakah kaitan sistem pendidikan dengan gangsterisme di kalangan pelajar?
Majoriti pelajar yang terlibat dalam gangsterisme adalah golongan yang terpinggir yang diketegorikan dari golongan pelajar tidak pandai. Memandangkan sistem pendidikan ini yang lebih minat dan memberi perhatian lebih kepada pelajar pandai, pelajar yang kurang pandai ini mencari dan cuba untuk mendekati aktiviti atau kumpulan yang memberi perhatian dan penghormatan untuk mereka.
Di situlah bermulanya penglibatan pelajar kurang pandai ini dalam aktiviti gangsterisme dan kongsi gelap di mana di situ mereka tiada tekanan untuk belajar malah lebih kepada aktiviti berfizikal yang mengembirakan mereka.
Sekiranya daripada awal persekolahan pelajar yang kurang berminat dengan akademik didedahkan dengan aktiviti sukan, teknikal dan vokasional, sudah tentu pelajar mampu menjadi cemerlang dalam bidang yang mereka minati.
Di Malaysia, pelajar sekolah kerajaan tiada pilihan untuk memilih bidang (teknikal atau vokasional) yang mereka minati kerana semua dinilai dan diukur berdasarkan prestasi akademik.
Pentadbiran sekolah, guru, pelajar dan semua pihak kejar mengejar untuk menjadi juara. Tekanan pelbagai penjuru untuk menjadi sekolah cemerlang, pelajar cemerlang, guru cemerlang hingga melupakan matlamat utama pendidikan dan kewujudan sekolah.
Di Malaysia, terdapat 91 Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Jumlah ini sangat rendah berbanding dengan 5.07 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pelajar harus dibimbing dan dibangunkan dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai bakat dan minat. Melalui sistem pendidikan yang pelbagai dan bukan berdasarkan prestasi akademik dan peperiksaan semata-mata mampu melahirkan pelajar yang berkaliber, berbakat dan berkebolehupayaan.
Sistem pendidikan yang berpelbagai ini mampu mendorong pelajar dari peringkat awal lagi mengenali diri dan bakat mereka. Pelajar yang mempunyai kesedaran diri dari peringkat awal akan mengelakkan diri mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti gangsterism.
Majoriti pelajar yang terjebak dalam gangsterisme adalah kerana mereka mendapat satu kebanggaan dan pengiktirafan yang tidak diperolehi di sekolah masing-masing.
Seperti kata peri bahasa, melentur buluh biarlah daripada rebungnya, begitulah jika pelajar ini dididik mengikut bakat dan minat mereka daripada awal, sudah pasti mereka mampu memilih jalan hidup yang lebih baik dan berguna untuk diri dan negara.
Sistem pendidikan sekolah yang lemah adalah salah satu faktor gangsterisme di kalangan pelajar sekolah.
Oleh itu kerajaan harus mengambil serius tentang perkara ini dan mengambil langkah memperkenalkan sistem pendidikan yang berpelbagai dan dinamik.
Sudah tiba masa untuk transformasi sistem pendidikan negara demi masa depan rakyat Malaysia.

 Disediakan oleh , Diyanah Ellin
Sumber ;  http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/04/28/gangsterisme-kerana-sistem-penjara-sekolah-di-malaysia/

Rabu, 2 Ogos 2017

Kes Gangguan Seksual di Sekolah

Gangguan seksual merupakan perbuatan jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan. Gangguan seksual bukan sahaja boleh terjadi dengan berlainan jantina malahan ia juga boleh terjadi sesama jantina iaitu lelaki terhadap lelaki dan perempuan terhadap perempuan. Gangguan seksual ialah “sebarang komen lisan, isyarat atau tingkah laku berbentuk seksual yang tidak diingini dan disengajakan atau diulang-ulang”.
Gangguan seksual ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun peringkat umur. Lazimnya berlaku terhadap perempuan dan kanak kanak perempuan. Gangguan seksual ini boleh berlaku dimana sahaja tetapi selalunya ia berlaku di tempat kerja dan sekolah.
Terdapat beberapa jenis bentuk gangguan seksual iaitu gangguan berbentuk lisan, gangguan berbentuk isyarat/bukan lisan, gangguan berbentuk visual, gangguan berbentuk psikologi dan gangguan berbentuk fizikal.
Secara amnya gangguan seksual ini sering berlaku ditempat kerja dan disekolah kerana kebanyakkan kes akan berlaku secara berterusan sehingga mangsa mengalami tekanan emosi. Oleh itu antara punca – punca gangguan seksual ialah pertambahan bilangan pekerja wanita dalam industri pekerjaan telah mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki.Bolehlah dirumuskan bahawa berlakunya perlakuan gangguan seksual tempat kerja ada kaitanya dengan peluang pekerjaan yang diberikan kepada kaum wanita. Secara tidak langsung, sesetengah pekerja lelaki sanggup melakukan tingkah laku gangguan seksual sebagai cara untuk merendahkan maruah pekerja wanita.
Dalam sesebuah organisasi, faktor organisasi itu sendiri boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual di pejabat. Ini adalah diakibatkan daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi, iaitu melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. Ia bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki ke atas kaum wanita, tetapi keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku.
Gangguan seksual adalah satu fenomena sosial yang melibatkan kuasa dan pengaruh pihak pengurusan atasan, ketua, penyelia atau supervisor yang bercanggah dengan etika dan moral di tempat kerja. Disebabkan kuasa dan pengaruh golongan ini dalam organisasi, mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual terpaksa tunduk kepada kehendak pegawai atasan. Rasa bimbang dan takut kehilangan kerja menyebabkan mangsa terpaksa merahsiakan sahaja gangguan seksual yang dihadapi dan dilakukan oleh ketua atau pihak yang berkuasa dalam organisasi.
 Tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks yang bersifat semulajadi.  Gangguan seksual boleh juga berpunca daripada tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks yang bersifat semulajadi. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi sifat kejadian lelaki dan perempuan yang mencorakkan perkembangan dorongan seks secara semulajadi. Perkembangan ini juga mempengaruhi biologikal dan tingkah laku seksual yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Dari segi biologikal, lelaki mempunyai keadaan fizikal yang tegap dan kuat. Keadaan ini boleh mendorong lelaki menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertindak ganas terhadap wanita, khususnya dalam melakukan bentuk-bentuk gangguan seksual.
Walaubagaimanapun, mangsa haruslah sedar kejadian seperti ini boleh dibendung dan  mangsa haruslah berani untuk membuat laporan ini kerana ia bukan sahaja dapat membela diri sendiri malah dapat mengelakkan orang lain menjadi mangsa gangguan seksual. Pelbagai undang – undang telah dikuatkuasa oleh itu jangan bimbang kerana pesalah akan dibawa kemuka pengadilan.Selain itu juga, masyarakat haruslah memberikan sokongan terhadap mangsa dan janganlah memulaukan mereka. Daripada gangguan seksual inilah tidak mungkin kejadian rogol mahupun bunuh bakal berlaku. Oleh itu, marilah kita mencegah dan mengambil tahu tentang kejadian kejadian seperti ini.  Kesimpulannya, gangguan seksual ini adalah masalah sosial yang meruncing didalam masyarakat kita. Tindakan sewajarnya haruslah diambil bagi membendung kejadian ini daripada berleluasa. Kita haruslah berani mempertahankan hak kita dan berani bersuara.

disediakan oleh Diyannah Ellin

SUMBER
http://jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=138 diakses pada 31 Julai 2017
http://najib91.blogspot.com/2012/05/apa-itu-gangguan-seksual.html diakses pada 31 Julai 2017
http://dangaurindu.blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html diakses pada 31 Julai 2017

Ponteng Sekolah

Cubaan pelajar SMK Chung Hua di Miri Sarawak untuk ponteng dengan memanjat tembok pagar sekolah (sumber : http://sabahup2date.blogspot.my )

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua , ponteng membawa maksud, meninggal tugas (tanggungjawab, pelajaran dan lain-lain) tanpa kebenaran. Anak-anak muda yang ponteng sekolah telah meninggalkan tanggungjawab mereka untuk hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab yang kukuh dan tanpa kebenaran penjaga sah mereka.  Kebanyakan pelajar mengambil mudah hal ini, kerana mereka berpendapat bahawa mereka hanya perlu memenuhi had minimum kehadiran ke sekolah serta memandang remeh terhadap kesan-kesan negative yang mereka akan dapat apabila kerap ponteng sekolah.

    Gejala moral ini menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang nakal dan mempunyai masalah disiplin. Isu ini sentiasa wujud di sekolah, secara tempatan dan juga global. Dianggarkan seramai 4 juta anak-anak muda tidak hadir ke sekolah setiap hari di Amerika Syarikat (Disconnect, 2008). Bagi Malaysia pula, Kajian Kementerian Pelajaran (1978) telah menyatakan bahawa isu ponteng merupakan isu utama dan menurut kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.
Faktor-faktor yang mempengaruhi?

    Terdapat pelbagai faktor bagi isu ini. Antaranya adalah pengaruh rakan sebaya, suasana di sekitar sekolah, keluarga atau guru, pengaruh media elektronik dan faktor yang tidak asing lagi adalah sikap pelajar itu sendiri. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan di kawasan yang berbeza di Malaysia bagi mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan kes ini begitu tinggi. Dalam artikel kali ini, saya sertakan dua dapatan kajian tentang faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekitar negeri johor pada tahun 2007 dan 2012.
gambar 1 : Hasil Kajian Faktor-faktor ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai (Norhasilah Mat Nor et al., 2012)

gambar 2 : Hasil Kajian faktor-faktor ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah sekitar johor (Azizi Yahaya  et al., 2007)

    Melihat pada dua dapatan kajian di atas, kita dapat lihat dengan jelas bahawa faktor yang mempengaruhi gejala ponteng ini berubah mengikut tempat dan pelajar. Kebanyakan pelajar mungkin memilih untuk ponteng kerana tidak menyukai guru di sekolah, namun faktor suasana sekolah juga memainkan peranan yang besar dalam masalah ini. Suasana sekolah menjadi antara faktor tertinggi dalam masalah ini berdasarkan dua kajian ini.  

    Suasana sekolah tidak dinafikan penting bagi melahirkan rasa sayang pelajar kepada sekolah serta meningkatkan rasa ingin belajar pelajar.  Bayangkan jika sekolah didirikan berdekatan dengan pusat membeli-belah, konsentrasi pelajar pasti lebih mudah terganggu . Berdasarkan Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Suasana kondusif dan positif amaat diperlukan bagi memastikan minat peleajar untuk dating berterusan. Peranan guru juga kritikal keran sebilangan besar pelajar lebih rela ponteng daripada berdepan dengan guru yang mereka tidak suka. Guru perlu bersikap lebih sabar dalam menangani pelajar-pelajar yang agak bermasalah. Sesetengah guru memandang rendah dengan sebilangan pelajar ataupun bersikap pilih kasih terhadap pelajar. Sikap sebegini daripada seorang pendidik boleh mengeruhkan lagi masalah ini.

    Sikap pelajar itu sendiri juga tidak dinafikan menjadi penyebab. Kadang kala, guru atau ibu bapa langsung tidak menyakitkan hati pelajar, namun pelajar sendiri yang merasa bosan tidak sanggup meneruskan pelajaran lalu ponteng. Pengaruh rakan sebaya pula semakin meningkat kerana anak-anak muda kini lebih suka dan selesa bersama rakan.

Menangani Ponteng

    Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan anak-anak. Kita tidak perlu kongkong mereka secara keterlaluan, juga tidak boleh mengabaikan mereka. Ibu bapa perlu mengambil tahu aktiviti dan masalah anak-anak di sekolah, kecenderungan dan minat mereka untuk mempelajari sesetengah subjek, serta rakan-rakan rapat mereka di sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa penting bagi mengelakkan kes ini terus meningkat.  Sekolah perlu lebih tegas dalam menangani masalah ini agar pelajar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan kawasan sekolah tanpa sebab munasabah ataupun kebenaran dan memandang remeh dengan ilmu yang mereka akan dapat di sekolah.  Pelajar-pelajar terdiri dari  anak-anak muda perlu disedarkan betapa tingginya martabat ilmu sebagai tonggak wawasan Negara seperti  Saidina Ali Abi Talib pernah menyatakan, “Ilmu apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang. Justeru, ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta”

-Siti Hatiza-

Sumber dan Rujukan :

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, How L.C. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Disconnect. (2008). Why Kids Skip School. Retrieved from http://connectwithkids.com/wp-content/uploads/2014/09/Disconnect_1up.pdf

Hussein Hj Ahmad. (1993). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah,  Nurul Farhana Junus. (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai.  Journal of Educational Psychology & Counseling , 5, 12-29 .

Isu Buli: Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Masalah Buli di Sekolah

  Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Kes Buli di Sekolah Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli kerana dalam p...