GAMBAR 1 Pelajar berkeliaran di luar kawasan sekolah ketika waktu sekolah
Gejala gengsterisme berleluasa dan
kian menular di sekolah. Isu gengsterisme ini telah menimbulkan kebimbangan
kepada masyarakat dan negara kita. Menurut Kamus Dewan, gengsterisme bermaksud
kegiatan samseng dalam kalangan samseng. Memandangkan gejala ini bertambah
serius, pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah memikirkan usaha-usaha
untuk menangani masalah tersebut.
Salah satu langkah untuk membanteras
gejala gengsterisme ini ialah pihak sekolah hendaklah memperketat usaha
pemantauan dan penguatkuasaan peraturan sekolah. Guru sekolah haruslah mendapat
kerjasama polis untuk mencegah masalah ini. Jika didapati ada murid yang
terlibat dalam kes tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhi
hukuman yang setimpal.
Pendidikan juga memainkan peranan yang
penting dalam menangani gejala gengsterisme. Pada masa ini, murid-murid kurang
mementingkan pendidikan yang tidak diambil kira dalam peperiksaan. Antaranya
ialah Pendidikan Moral, Sivik, Pendidikan Agama dan sebagainya. Guru-guru dan
ibu bapa perlu banyak menyalurkan ilmu dan nilai murni dalam pendidikan kepada
anak-anak didik. Disiplin ilmu yang diberikan akan membolehkan mereka lebih
memahami keburukan gejala gengsterisme dan menjauhkan diri daripada aktiviti
negatif tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga patut mengadakan kempen
kesedaran, kempen motivasi dan pelbagai program. Maklumat yang terperinci
tentang keburukan gejala gengsterisme hendaklah dibincangkan dalam kempen ini.
Oleh hal yang demikian, kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan murid dan
mengalakkan diri mereka supaya tidak terbabit dalam gejala ini.
Bagi mengelakkan masalah gengsterisme
daripada semakin berleluasa, langkah-langkah yang berkesan harus dilaksanakan
dengan segera. Kasih sayang daripada keluarga, terutamanya ibu bapa merupakan
ubat mujarab dalam penyelesaian masalah ini. Anak umpama sehelai kain putih,
ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah meluangkan masa mereka untuk mengambil berat tentang segala
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak di sekolah dan di luar sekolah. Ibu bapa
patut melibatkan diri dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk
mengetahui pencapaian atau prestasi anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa juga
haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama anak
mereka untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh anak.
Selain itu, ibu bapa perlu mengenali
dan mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Tidak salah jika ibu bapa
mengajak rakan-rakan anak mereka ke rumah untuk lebih mengenali rakan anak
mereka. Jika mereka tidak sesuai untuk menjadi kawan kepada anak-anak, ibu bapa
perlulah menasihati anak-anak agar menjauhi kawan-kawan tersebut. Hal ini bukan
sahaja dapat mengurangkan penglibatan remaja dalam jenayah gengsterisme tetapi
membantu mengukuhkan institusi keluarga mereka. Remaja perlulah sentiasa
diingatkan supaya tidak memilih kawan sesuka hati. Remaja harus menilai mana
yang baik dan mana yang buruk untuk diikuti dan dielakkan.
Langkah seterusnya adalah
penguatkuasaan peraturan sekolah. Pihak sekolah perlu menguatkuasakan peraturan
sekolah dengan mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah
disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Bagi mereka yang terlibat dengan
gengsterisme, pihak sekolah perlu mengenakan tindakan tatatertib terhadap
mereka seperti memberi surat amaran, hukuman rotan dan gantung persekolahan.
Walaubagaimanapun, pelajar yang didapati mencederakan pelajar-pelajar lain pula
haruslah ditukarkan ke sekolah juvana.
Sebenarnya, gejala gengsterisme sangat
mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, mereka
yang terlibat dengan jenayah gengsterisme ini perlu dikaunseling dan
dimotivasikan agar wujud kesedaran dalam diri mereka tentang bahayanya
gengsterisme terhadap diri mereka. Apabila timbulnya kesedaran dalam diri
mereka, secara tidak langsung mereka akan menjauhkan diri daripada
gengsterisme. Minat mereka untuk terus belajar juga akan semakin menebal dalam
diri mereka melalui proses motivasi dan kaunseling. Tambahan pula, keyakinan
diri juga akan dipertingkat dalam proses pembelajaran .
Pendek kata, bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat. Kesungguhan dan kerjasama yang erat
daripada pihak berkuasa, ibu bapa dan masyarakat amat memerlukan untuk
menangani masalah gejala gengsterisme di negara kita.
Gambar 2 Jauhi Gejala Gangsterisme
Disediakan oleh , Diyanah Ellin
Tahniah tetapi masih ada ruang penambahbaikan. Masukkan rujukan sokongan yang dapat menyokong pernyataan anda. Pastikan gambar foto ada kapsyen dan juga sumbernya. Senarai rujukan hendaklah ditulis dalam format APA. Terima kasih, daun keladi, Lain kali, cuba lagi.
BalasPadamTeguran telah dibuat pada 29 Julai tetapi artikel masih versi lama dan belum diperbaiki.
BalasPadamSia Titanium | Official Website of TINING ART - Team TINING
BalasPadamThis is a stainless steel hand micro hair trimmer sanitizer bottle with a stainless titanium earrings hoops steel grip. These blades blue titanium come in two different sizes titanium bmx frame and are perfect for titanium flask both beginners and advanced Rating: 4.6 · 13 reviews