Secara umunnya,gangsterisme boleh
dirujukan sebagai aktivitivi yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan
oleh individu atau sekumpulan individu.Mereka ini sanggup melakukan sesuatu
tindakan yang salah di sisi undang undang demi mencapai kepuasan dan matlamat
bagi dirinya.Kemunculan masalah gangsterisme di peringat sekolah akan
menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti peras ugut
,ketagihan rokok atau dadah,poteng kelas ,vandalism ,pengaduhan kosip gelap dan
sebagainya.Persoalannya,apakah punca dan langkah yang proaktif yang seharusnya
diambil dengan segera untuk mengatasi masalah gangsterisme negara kita.
Antara punca yang menyebabkan
berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya
menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana
kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut
juga menjadi jahat .Pada zaman sekarang,golongan remaja dikatakan lebih suka
bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika
berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada
anaknya.Jadi,tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng
atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing.Contohnya di
sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli
pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar,peras
ugut,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok dan lain
lain .
Di samping itu,faktor seterusnya
ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal
ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya.Keadaan ini telah menyebabkan
golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar .Ibubapa tidak mengetahui
tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat
segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras
ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai
kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi
keluarga ibu tunggal.Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti
,menghisap gum,merokok memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang
suka menimbulkan masalah sosioal.
Tambahan lagi,pengaruh media
massa juga menjadi punca yang mendorong masalah gangsterisme ini terus
berleluasa.Dalam era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan
eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak
kerajaaan.Justeru,tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak
bermoral dan beretika yang dibawa dari negara
barat.Contohnya,aksi,tindaklaku,perwatakan yang bersifat negatif,keganasan yang
ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia
menjadi role model bagi remaja.Dengan kata lain ,pembentukan personaliti,sikap
dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan
bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon
dalam filem yang ditontoni.
Oleh kerana kegiatan gangsterisme
telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat,maka
pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.Antaranya ialah individu perlu
berhati hati memilih rakan sebaya dalam pengaulan seharian.Kini,remaja lebih
suka menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk
menyeronokkan.Jadi mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme kerana
rakannya merupakan seorang gangster dan akhirnya juga diambil sebagai ahli
kumpulan gangster tersebut.
Selain itu, ibubapa juga
memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras kegiatan gangsterisme
yang semakin beleluasa pada hari kini.Mereka perlu mengambil perhatian
tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan
seharian.Misalnya,ibubapa boleh terlibat dalam Persatuan Ibubapa Guru(PIBG)di
peringat sekolah supaya dapat mengawal dan mengetahui tindaklaku,gerak geri
anaknya dengan lebih berkesan dengan melalui perjumpaan pihak guru kauseling
dan pentadbiran sekolah.Ibubapa juga mendedahkan didikan agama untuk menyedari
para remaja tentang tindakan yang dilakukan adalah salah ataupun betul.Masalah gangasterisme turut boleh
diatasi jika media massa memaiankan peranan yang lebih proaktif.Contohnya
,pihak media massa sepatutnya menghentikan menyiarkan filem yang mengandungi
isu negatif seperti keganasan dan bersifat jenayah. Hal ini kerana remaja mudah
dipengaruhi dengan tindakan yang dilakukan oleh pelakon yang diminati tanpa
mengira ia merupakan sesuatu yang salah di sisi undang undang.
Pihak kerajaan juga perlu
menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan Jenayah supaya menbendung
gejala ini dalam kalangan remaja. Hukuman keras wajib diberikan kepada pesalah
tanpa mengira umur yang masih kecil.Tujuannya ialah menimbulkan perasaan
ketakutan dalam kalangan remaja yang nakal.Pihak polis turut boleh bekerjasama
dengan pihak sekolah dengan mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan
dengan gangsterisme.Tujuannya ialah memberitahu tentang keburukkan gangsterisme
kepada para pelajar.
Kesimpulannya,,golongan remaja
ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara yang sedang
membangun.Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan supaya
membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif
kepada masyarakat.
DROTEH ELLIN
SUMBER ; http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf
;http://www.suara.tv/2017/04/25/pelajar-perlu-bagi-tumpuan-elak-gangsterisme/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan