Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Kes Buli di Sekolah
Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli kerana
dalam pendidikan Moral nilai-nilai murni diterapkan dengan terperinci dan
diajar secara efektif kepada pelajar. Setiap nilai-nilai murni diajar untuk
membentuk moral yang baik kepada setiap pelajar.
Contohnya dalam pembelajaran koperatif. Guru akan
menggunakan kaedah koperatif bagi menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar
agar perasaan saling bantu membantu akan wujud. Guru akan membahagikan murid
kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 ke 5 orang ahli dan mempunyai
kebolehan yang pelbagai. Guru akan memberikan dilema kepada setiap kumpulan dan
dua soalan berbeza untuk setiap kumpulan. Contohnya Dilema Kamal. Kamal dan
Johan bersahabat baik dan mereka tidak pernah bergaduh. Mereka saling
menghormati antara satu sama lain. Tambahan mereka semakin rapat sejak 4 tahun
lagi. Walaubagaimanapun, Johan mempunyai satu tabiat buruk yang kurang disukai
oleh Kamal iaitu dia gemar terlibat dalam masalah buli. Kadang-kadang Johan
berjaya mempengaruhi Kamal untuk bersama-sama membuli pelajar yang lebih pasif
dan lebih kecil. Kamal telah berazam untuk tidak terlibat lagi dengan kegiatan
buli Johan. Kerana menurutnya buli adalah perkara yang tidak baik tambahan dia
mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran memandangkan UPSR tidak
lama lagi dan dia mahu mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi Johan sering
mendesak Kamal untuk menyertai kegiatannya jikalau tidak Johan akan memutuskan
persahabatan mereka. Kamal menghadapi dilemma yang mana mahu menjadi pelajar
yang cemerlang dalam pelajaran dan mahu meneruskan persahabatan dengan John.
Setiap kumpulan akan diberi 2 soalan berbeza dan jawapan yang bersesuaian
dengan soalan untuk dilekatkan pada jadual yang disertakan. Contoh soalan
pertama kumpulan satu ialah “Haruskah Kamal menolakkan ajakan Johan? Kenapa?.
Jawapan yang disertakan ditulis dalam satu ayat berasingan. Jawapannya seperti
berikut. Harus menolak ajakan Johan kerana dikenakan hukuman atas tindakan
tersebut. Jikalau mematuhi peraturan akan mendapat kesan yang positif. Perlu
tolak ajakan sebab pelajaran lebih penting kepada mereka untuk berjaya dalam
hidup. Kamal perlu menjadi contoh yang baik kepada Johan.
Soalan kedua untuk kumpulan satu ialah “Perlukah
Kamal menasihati Johan supaya jangan terlibat dengan aktiviti buli di sekolah
lagi? Mengapa? Jawapannya ialah Kamal perlu menasihati Johan supaya tidak
terlibat dalam buli kerana mereka bersahabat baik. Perbuatan membuli adalah
menyalahi peraturan dan undang-undang sekolah. Seseorang yang melanggar
undang-undang merupakan seseorang yang tidak bermoral.
Seterusnya soalan satu untuk kumpulan dua ialah
“Haruskah Kamal mengikut kehendak Johan untuk membuli kerana bimbang
persahabatan mereka terputus?. Contoh jawapan berbunyi, Kamal tidak perlu
mengikut Johan tetapi dia perlu menasihati Johan supaya tidak terlibat dalam
kes buli lagi serta titik beratkan soal pelajaran dan sahsiah diri agar menjadi
pelajar yang berjaya dan berakhlak mulia. Kamal perlu bersikap lebih prihatin
terhadap Johan sebagai sahabat baik.
Soalan
kedua untuk kumpulan dua ialah “ perlukah Kamal menasihati Johan supaya tidak
terlibat dalam masalah buli lagi. Contoh jawapannya , mencuba untuk menjadi seseorang
yang baik dan prihatin kepada orang lain. Perlu menasihati Johan supaya berubah
ke arah yang lebih baik serta menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana
kawan adalah rakan yang paling tepat untuk mengajak ke arah kebaikan.
Setelah mereka berjaya melengkapkan jadual dengan
jawapan yang disertakan dan menampalkan pada bahagian yang disediakan, setiap
kumpulan akan membentangkan jawapan yang diperolehi serta melakonkan dialog
spontan berdasarkan soalan dan jawapan yang disertakan sebagai pengukuhan.
Kumpulan lain akan memberi pandangan sama ada jawapan dan lakonan yang
dipersembahkan bertepatan dengan soalan yang diberikan.
Setelah selesai perbentangan kumpulan, guru akan
menyoal tentang kesan daripada dilema tersebut. Apakah perasaan mereka sekiranya
mereka berada pada situasi Kamal dan Johan. Perlukah mereka melakukan buli
terhadap orang lain dan apakah kesannya pada diri dan masa depan pelaku buli
dan orang yang dibuli. Jika situasi berlaku kepada mereka apakah tindakan yang perlu mereka ambil untuk mengatasi masalah tersebut. Guru meminta
beberapa orang murid menyatakan kesan buruk tindakan buli kepada diri kita dan
mangsa buli.
Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli ini
jika murid mengambil iktibar daripada dilema
yang diterangkan dan dapat berfikir akan kesan buruk terhadap tindakan
yang salah, kesan tersalah pilih dan terlalu mengikut kehendak orang lain tanpa
memikirkan kesan ke atas diri dan masa depan. Murid perlu selalu diingatkan
akan kesan buruk sesuatu tindakan negatif yang diambil ke atas diri, keluarga
dan masa depan sendiri. Murid juga perlu selalu diingatkan tentang apa yang
mereka dapat apabila mengamalkan sikap yang baik dan tidak menyalahi
undang-undang sama ada peraturan di rumah, di sekolah ataupun di tempat awam,
kenapa peraturan disediakan dan mengapa ia perlu dipatuhi. Semuanya bertujuan
untuk melindungi seseorang daripada melakukan sebarang kesalahan yang boleh
memudaratkan diri mereka sendiri dan orang lain. Oleh itu, kita harus bijak
berfikir sebelum melakukan sesuatu agar kita dapat menghindari segala kejahatan
dan ingatlah kita sebagai pelajar datang ke sekolah dengan nawaitu untuk
menimba ilmu dan mendapat keberkatan daripadaNya. Jadi jangan sesekali
melakukan buli kepada orang yang kecil, lemah dan muda daripada kita.
Sentiasalah jadi contoh dan teladan yang baik kepada semua orang.
-Ritah Majip-
-Ritah Majip-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan