Sabtu, 12 Ogos 2017

Vandelisme : Gejala yang Perlu Kita Tangani dengan Tegas

Apa itu Vandalisme ?

      Vandalisme membawa maksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Vandalisme merupakan salah satu jenayah moral yang tidak mengenal umur dan pelajar sering kali terjebak dengan masalah ini dengan mudah.


Vandalisme di Malaysia (sumber : http://www.jomria.com/2015/02/punca-remaja-suka-melakukan-vandalisme.html)
      Vandalisme sering berlaku di kalangan anak-anak muda terutamanya remaja lelaki. Perbuatan merosakkan harta benda awam mahupun persendirian ini kadang kala dilakukan untuk meluahkan ketidakpuashatian ataupun dilakukan tanpa sebab yang kukuh, contohnya, atas alasan suka-suka bagi menghilangkan rasa bosan.


      Antara kerosakan yang mereka buat adalah menconteng dinding bangunan dengan tulisan dan lukisan yang lucah dan tidak senonoh, merosakkan pondok telefon awam dan merosakkan kemudahan seperti tempat menunggu bas.Di sekolah pula kerosakan yang dilakukan termasuklah merosakkan meja dan kerusi di kelas serta menconteng dinding bangunan sekolah.
Vandalisme di Malaysia (sumber : http://wwwbmpengurusan.blogspot.my/2010/08/vandalisme.htm)

Vandalisme di seluruh dunia (vandalism in Sbibuya Tokyo, sumber : https://sl.wikipedia.org/wiki/Vandalizem)
      Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah telah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius dan ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).

      Generasi muda yang terlibat dalam masalah ini seperti tidak sedar bahawa aktiviti yang mereka lakukan ini langsung tidak member faedah kepada mereka dan hanyalah suatu perkara yang sia-sia. Mereka hanya fokus kepada rasa ingin bebas dari kongkongan dan tidak memikirkan langsung tentang kesan daripada perbuatan mereka.

   Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

      Menurut Cohen (1968) dan Bowels (1982), terdapat 6 kategori vandalisme yang sering dilakukan iaitu vandalisme yang berbentuk keinginan, vandelisme yang dirancang, vandalisme ideologikal, vandelisme yang bersifat dendam, vandalisme untuk suka-suka serta  vandalisme besifat merosak.

      Sekiranya tidak dicegah, gejala ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit kepada negara kita. Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalsime. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar (dalam Nurain, 2017). Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa vandalisme ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit jika tidak dibendung.

      Pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat luar perlu bersatu bagi menangani masalah ini. Pihak sekolah dan pihak berwajib perlu melaksanakan pelbagai hukuman yang lebih berat agar mereka yang telah dihukum menjadi serik dan tidak berani mengulang perbuatan mereka. Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk membimbing anak sejak kecil agar mereka tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. Masyarakat pula perlu berhenti dari mencemuh sesuka hati tanpa bertindak membendung perkara seperti ini berterusan.

      Oleh itu, marilah kita sama-sama membendung gejala ini berterusan seterusnya merosakkan lagi nilai moral anak-anak muda. Kita perlu mengajak generasi muda untuk bersama-sama mengatakan TIDAK kepada vandalisme.

-Siti Hatiza-


Sumber :

Bowels, J.K.,(1982). The Residence hall vandalism problem: A model for examining destruction behaviour: Journal of Collage and University Student Housing. Jil 12 (1), pp 15-19.

Cohen, S. (1968). The polotics of vandalism. New Society. Jil 12, pp.872-878.


Lee Lam Thye. (1997). Perlakuan buruk generasi baru : Tiga kategori vandalisme.Mingguan Malaysia. 6 Jun. m.s.5.


Mohd. Zin Sham. (1996). Cabaran guru terhadap disiplin pelajar. Seminar disiplin pelajar kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.Genting Highland, Pahang : 27-30 ogos.

Nurain Binti Hj. Sarpan. (2007). Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian ke di Daerah Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Isu Buli: Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Masalah Buli di Sekolah

  Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Kes Buli di Sekolah Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli kerana dalam p...