Kamus Dewan edisi ke 4 Dewan Bahasa
Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman 458, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam
sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher
(1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa
pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan ini
mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat
memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.
Thrasher (1961) juga mendefinisikan
gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut
tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara
berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher (1963) menyatakan bahawa
kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan
sepermainan juvenile yang bertukar kepada pelakuan deviant.Secara evolusi
kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali melakukan
tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti social.Ikatan yang pada mulanya
tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan atau
kukuh serta serta mengamalkan tradisi kumpulan.
Terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala sosial ini di kalangan
pelajar sekolah.Punca utama ialah kegoyahan
institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala gengsterime yang
melanda di nusa tercinta kita ini. Institusi keluarga porak-peranda disebabkan
oleh tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri. Sekiranya tiada
persefahaman antara mereka sudah pasti bibit-bibit kasih sayang yang dipupuk
selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri tanpa
memikirkan impak yang bakal mengganggui kehidupan anak-anak pada hari
mendatang. Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin
meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian
pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15
minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang
mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian
daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini membimbangkan kerana akan menjejaskan
perkembangan remaja dan pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah
apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng untuk menarik perhatian
dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin
alpa dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat
melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri
daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga. Izharlah bahawa kegoyahan
institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena gengsterisme remaja yang
ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa
Melayu, ‘orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya’.
Dalam mengejar wang dan kebendaan
dalam meneruskan kelangsungan hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang
tidak berpeluang menghabiskan masa yang berharga semasa proses pembesaran
anak-anak mereka demi memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak
yang terasa diri terabai atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari
tempat untuk memperoleh perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang
tidak kukuh dan porak –peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang
dalam keadaan mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga
boleh menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan
agama maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama
dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di
rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang muda itu akan
memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu
cara mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.
Langkah-langkah
yang berkesan perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurang
mengurangkan gejala gangsterisme daripada menjadi kudis dalam masyarakat
kita.Peranan dan keprihatinan ibu bapa adalah sangat penting dalam membangunkan
sahsiah diri remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta dunia dalam meneruskan
kelangsungan hidup ,kepentingan anak-anak juga mesti diambil kira.Mereka ini
memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang sempurna dalam menghadapi
kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa perlu mengambil tahu apa saja aktiviti
yang anak lakukan untuk menimbulkan rasa ambil berat ibu bapa dan sentiasa
memberi motivasi dalam aktiviti mereka supaya aktiviti yang dilakukan
benar-benar terisi dengan aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu
berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak remaja supaya segala persoalan
mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan
remaja mereka dan sifat remaja yang
banyak benda baru yang mereka hendak terokai berada dilandasan yang betul.
Kesimpulannya,
semua pihak harus berganding bahu dalam menangani masalah ini kerana kita tidak
mahu negara kita ini rosak dengan gejala-gejala sosial ini.Ini semua untuk
mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan.Pendidikan malaysia
yang menekankan modal insan dalam membentuk individu adalah disokong.Dengan
adanya modal insan dalam diri remaja maka kesejahteraan dan kemakmuran
negara dapat dirasa.
Disediakan oleh, Droteh Ellin
Sumber; http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-perangkap-1.67779
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/2919-reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan