Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat,
jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan atau kejahatan yang salah di sisi
undang-undang, manakala siber pula bermaksud segala yang berkaitan dengan
internet dan alam maya. Ini bermakna
jenayah siber bermaksud perbuatan dan kejahatan yang menyalahi undang-undang
yang dilakukan melalui internet dan alam maya.
Komputer boleh menjadi instrumen jenayah seperti dalam
kes-kes penipuan dan pembunuhan, ia juga boleh menjadi objek sesuatujenayah
seperti kecurian cip komputer dan boleh menimbulkan subjek jenayah seperti perlakuan
pencerobohan komputer dan penyebaran virus computer ( Reed and Angel, 2000).
Menurut Nazura dan Jasri (2003), jenayah ini juga dikenali sebagai jenayah komputer
dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk penipuan atau mencuri wang dari akaun
pelanggan, pengubahsuaian kandungan atau data dalam komputer tanpa izin,
pemalsuan kata laluan dan mencerobohi sistem komputer orang lain tanpa izin melalui
penggodaman serta pengedaran bahan-bahan lucah dan lain-lain lagi.
Jenayah siber sebagai isu moral?
Ya, jenayah siber merupakan salah isu yang melibatkan moral
anak-anak muda, bukan sahaja dalam Malaysia, bahkan dihadapi hampir seluruh
dunia. Sekiranya anak-anak muda yang terlibat dalam jenayah ini mempunyai nilai
moral yang baik dan tinggi, maka mereka tidak akan melakukan perkara terkutuk
sperti jenayah siber ini.
Mutakhir ini, jenayah siber melibatkan manusia dari pelbagai
lapisan umur terutamnya remaja. Remaja suka meneroka alam maya kerana mereka
dapat mengasah lagi bakat mereka yang berkaitan dengan komputer. Antara
punca-punca berlakunya jenayah siber adalah sifat ingin tahu remaja. Disebabkan
rasa ingin tahu itu, mereka cenderung mencuba benda-benda yang mereka tidak
pernah lakukan dan yang mencabar kebolehan mereka. Apabila mereka dapat
melakukan sesuatu, rasa seronok pula akan timbul. Jenayah siber seperti
penggodaman sememangnya akan mendatangkan rasa puas dan seronok kepada remaja
yang sentiasa ingin melakukan sesuatu untuk dibanggakan.
Kebolehan untuk menggodam boleh dikatakan
sebagai pintu masuk ke dalam kancah jenayah siber kerana mereka boleh melakukan
pelbagai jenis jenayah melalui komputer dan alam maya. Selain menggodam, kita dapat lihat pada zaman
kini, terdapat banyak kes penipuan online yang melibatkan remaja. Ini
disebabkan sikap mereka yang tamak dan ingin memiliki sesuatu di luar kemampuan
mereka, jadi, mereka menggunakan cara mudah dengan melakukan penipuan online. Baru-baru
ini, kecoh apabila penyebaran virus dalam komputer,; ransomware iaitu sejenis
spyware, yang berasal dari luar negara. Sekumpulan penjenayah siber menggunakan
teknik ini bagi mendapatkan wang dengan mudah. Tidak kurang juga jenayah siber
yang berpunca dari rasa dendam dan marah terhadap seseorang.
Ransomware Wannacry ( sumber : http://www.techworld.com/security/what-is-wannacry-how-does-wannacry-ransomware-work-3659064/ ) |
Pencegahan
Pertama sekali, sekiranya kes jenayah siber melibatkan
banyak negara seperti kes ransomware WannaCry yang menyerang banyak negara pada
tahun ini, kita perlu bekerjasama dengan Negara lain bagi meningkatkan lagi
keupayaan dalam menghadapi serangan siber dengan berkongsi maklumat tentang
keselamatan komputer.
Bagi menangani isu moral jenayah siber di Malaysia pula,
pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan yang lebih tegas dan kerap di alam
siber. Pihak berkuasa perlu menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap
pelaku-pelaku jenayah siber terutamanya kes penipuan yang kerap dilakukan,
walaupun penipuan yang dilakukan hanya melibatkan wang ringgit yang sedikit.
Kes-kes sebegini tidak boleh dipandang remeh agar remaja yang terlibat tahu akan
kesan masalah ini.
Penerapan pengetahuan tentang jenayah siber perlulah
dilakukan sejak di bangku sekolah lagi agar kita dapat melahirkan generasi yang
celik teknologi maklumat tanpa terlibat dalam jenayah siber. Anak-anak muda
perlu tahu jenis-jenis jenayah siber yang wujud serta hukuman yang mereka akan
terima sekiranya terlibat.
Marilah kita bersama-sama menunjukkan teladan yang baik agar
generasi muda pada masa akan datang dapat mempelajari kepentingan nilai moral
yang tinggi dalam diri. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, oleh itu, kita
perlu didik anak-anak muda dari mereka kecil lagi agar penerapan nilai moral
dapat dilakukan dengan lebih efektif supaya masalah dan jenayah yang melibatkan
moral dapt dicegah dari terus menular.
Jenayah siber di Malaysia ( sumber : sumber : http://webjabatan.kedah.gov.my/pdl/fail/25julai2011 ) |
-Siti Hatiza-
Sumber :
Nazura A.M. dan Jasri
J. (2003). Jenayah Komputer : Perbandingan Menurut Akta Jenayah Komputer 1997
dan Prinsip Undang-undang Jenayah Islam. Jurnal
Undang-undang dan Masyarakat; 7. 15-36.
Reed and Angel. (2000). Computer Law. Blackstone
Press Limited, London, 4, 277.
Masukkan semua rujukan luar dalam senarai rujukan di akhir artikel dalam format APA.
BalasPadam