Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang amat
dikenali seantero dunia. Bukan sahaja menjadi isu semasa yang masih aktif
sehingga sekarang, bahkan, isu ini juga tersenarai sebagai salah satu isu moral
tempatan dan global . Ini kerana isu ini tidak akan menjadi kritikal sekiranya
setiap manusia di muka bumi ini benar-benar kisah akan kesan pencemaran alam
sekitar dan ini melibatkan kesedaran sivik dan moral manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
pencemaran bermaksud sesuatu perbuatan yang mencemarka atau mengotorkan ,
pengotoran alam atau perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling
dengan sampah sarap. Antara pencemaran yang paling kerap berlaku adalah
pencemaran air, udara dan tanah. Terdapat juga pencemaran lain seperti
pencemaran bau dan pencemaran bunyi.
Kuala Lumpur diselubungi jerebu yang tebal tahun 2015 (sumber : http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-mps-seek-laws-to-punish-firms-causing-haze ) |
Plumer telah menulis sebuah artikel pada tahun 2012 mengenai
pencemaran udara dan menyatakan bahawa pada tahun tersebut ,
pencemaran udara kini membunuh lebih ramai orang berbanding kandungan
kolesterol tinggi. Bayangkan berapa teruknya pencemaran ketika itu, dan
sehingga tahun ini pencemaran semakin menjadi-jadi akibat kekurangan kesedaran
sivik dan moral manusia. Plumer menyatakan pada tahun 2010, pencemaran udara
luar telah meragut 3.2 juta nyawa , terutamanya di Asia manakala di Afrika dan
India pula, pencemaran udara dalam telah meragut 3.5 juta nyawa. Pencemaran
tanah di Malaysia dan negara lain juga tidak kurang hebatnya. Ini terjadi
apabila kawasan melalui pertukaran warna,kesuburan,dan hakisan . Kita boleh
lihat kesan-kesan pencemaran tanah dengan kejadian tanah runtuh serta banjir
kilat.
Punca-puncanya
Pencemaran udara mempunyai pelbagai faktor penyebab,
contohnya adalah pembakaran terbuka, asap-asap dari kilang serta asap daripada
kenderaan bermotor. Pembakaran terbuka bukan sahaja menyumbang kepada
pencemaran udara yang serius, malahan menjadi faktor utama dalam penipisan ozon,
kesan rumah hijau serta hujan asid yang akan menyebabkan kanser . Jerebu
menjadi teruk apabila terlalu banyak pembakaran dilakukan di suatu tempat,
ditambah pula dengan asap-asap tebal dari kilang-kilang serta kenderaan
sehinggakan banyak sekolah terpaksa ditutup .
Pencemaran air selalunya berpunca daripada pembuangan sampah
sarap, pembuangan air kumbahan serta sisa toksik. Sungai dan laut yang tercemar
menyebakan kepupusan hidupan laut serta membawa kepada pelbagai penyakit kepada
manusia . Kebanyakan kilang-kilang
pemprosesan dibina berhampiran dengan sungai agar sisa yang dihasilkan dapat
dibuang dengan mudah. Moraliti mereka yang terbabit dalam hal sebegini amat
rendah kerana mereka langsung tidak memikirkan kesan-kesan sisa buangan yang
mereka salurkan ke dalam sungai. Sesetengah orang yang mementingkan diri
sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai dan laut.
Pencemaran tanah pula berlaku dengan berlakunya
pembuangan sampah sarap dan sisa toksik tanpa pengawalan yang rapi. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik menyebabkan
kemerosotan kualiti tanah dan memberi impak negatif kepada alam sekitar serta
manusia . Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang sering kita alami
merupakan kesan yang paling ketara. Ini berlaku apabila kerakusan manusia untuk
mendapatkan untung lumayan dengan penebangan balak di kawasan hutan. Tanah
menjadi gondol dan longgar tanpa sebarang pokok yang berfungsi sebagai
penghalang daripada tanah mudah terhakis seterusnya menyebabkan tanah
runtuh serta banjir kilat dan boleh meragut nyawa manusia.
Sungai yang tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan di Changsha, Wilayah Hunan,China ( sumber :
|
Langkah-langkah Pencegahan
Pendedahan media massa tentang kes-kes yang berlaku
disebabkan oleh pencemaran patut dipaparkan dengan lebih jelas agar manusia
lebih peka akan kesan-kesan pencemaran sekiranya kita tidak menjaga alam
sekitar. Manusia perlu dididik dari kecil untuk lebih menghargai alam sekitar
agar pencemaran dapat dikurangkan.
Masyarakat juga digalakkan untuk berkongsi kenderaan dengan
keluarga atau rakan dan menggunakan kenderaan awam yang tersedia sebagai langkah
mengurangkan asap yang dilepaskan dari kenderaan dan mengelak kesesakan jalan
raya yang teruk. Kilang-kilang yang melepaskan asap atau bahan buangan
berbahaya perlu menggunakan penapis khas agar asap dan sisa toksik dapat ditapis
sebelum dilepaskan ke udara atau dibuang ke dalam sungai/laut.
Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan undang-undang yang
lebih tegas terhadap manusia yang melakukan pembalakan haram. Pemeriksaan perlu
dibuat kerap agar tiada pembalakan haram yang terlepas pandang. Kaedah kitar
semula juga amat digalakkan supaya pembuangan sampah-sarap yang tidak mudah
dihapuskan dapat dikurangkan.
-Siti Hatiza-
Sumber dan rujukan :
Brad
Plumer. 2012. Air pollution now kills more people than high cholesterol .
Didapati daripada https://www.washingtonpost.com/news/wonk/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/?utm_term=.839213e9531e
Claysa
J. & Susana R.D. 2017. Isu Moral Tempatan dan Global. Didapati daripada http://bkdiansmoral.blogspot.my/2017/03/isu-moral-tempatan-dan-global-1.html
Hallo semuanya ,Kami menawarkan berbagai pilihan permainan online game dan Live game yaitu : Baccarat, BlackJack, Roulette, Sic Bo, Slot game , Taruhan Bola, Tembak ikan dan masih banyak lagi !!!!
BalasPadamEiittt Nikmati bonus deposit pertama sebesar 30 %
Nb : Syarat dan ketentan berlaku
Ayo langsung kunjungi website kami di :
sukahoki88.com