Hari ini, masyarakat kita
telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan
remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian
jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini
semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang
merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca
yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja
dan apakah masalah ini dapat diatasi?
Jika dikaji begitu banyak
punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan
yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang
paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di
kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang,
mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka
lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak
pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan
jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.
Pengaruh rakan sebaya
juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar
dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas
pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti
pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin
mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.
Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan
berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut
perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa
membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Selain itu, media massa
juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan
kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk
berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga
kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan
betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting,
menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk
melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
Namun begitu, segala
jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih
diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah
memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana
segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni
mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan
buruk.
Remaja juga haruslah
pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh
dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak
mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya
perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran
sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat
membendung jenayah di kalangan remaja.
Selain itu, pihak sekolah
juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku
pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah,
merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal
dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang
bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
Kuat kuasa undang-undang
hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah
berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi
pengajaran kepada remaja-remaja lain.
Kesimpulannya, pelajar-pelajar
haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja,
motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi
pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada
mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan
merosakkan masa depan mereka.
-Ritah Majip-
Info info didalam blog ini sangat berguna untuk assignment saya. Terima kasih ye. Sangat membantu
BalasPadam