Berita penahanan 18 pelajar sekolah di Klang yang menjadi
viral baru-baru ini mengembalikan perhatian semua pihak terhadap isu pelajar
sekolah dalam gangsterism.
Ini bukanlah perkara baru dan penglibatan pelajar sekolah
dalam geng kongsi gelap sudah kian lama bertapak di sekolah dan di luar sekolah
tetapi hanya menjadi isu kepada kita apabila kejadian sebegini berlaku.
Semua pihak sentiasa menunding jari pada pihak lain untuk
menutupkan kelemahan masing-masing. Akhirnya kesemua kesalahan ini akan
ditujukan terus kepada pihak ibu bapa kononnya ibu bapa telah gagal membimbing
anak mereka dengan baik.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab
yang setimpal dalam memimpin anak-anak mereka menjadi seorang insan yang
berguna untuk keluarga dan negara.
Namun, hakikatnya kaum pelajar meluangkan hampir 6-8 jam di
sekolah setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Ini tidak termasuk jika mereka
menghadiri kelas tambahan atau aktiviti kurikulum pada hari Sabtu.
Ini menunjukkan sepanjang usia persekolahan, hubungan di
antara pelajar dan sekolah tidak dapat dipisahkan.
Penerangan ini bukan untuk menunding jari pada pihak sekolah
semata-mata tetapi menukilkan persoalan sama ada sistem pendidikan negara
menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti luar seperti
gangsterism?
Sistem pendidikan di negara kita terlalu “Exam Oriented”
iaitu penilaian prestasi pelajar dibuat berdasarkan penghafalan dan
peperiksaan.
Contoh yang sangat mudah, seorang kanak-kanak berumur 5
tahun di tadika dibekalkan 10-16 buku latihan. Setiap hari diberi 5-10 latihan
untuk dibuat di rumah.
Ini adalah perkara benar dan rungutan ibu bapa yang
mempunyai anak baru melangkah ke alam prasekolah.
Contoh Finland
Apakah jenis sistem pendidikan yang diamalkan di negara
kita? Kenapa kanak-kanak yang harus bermain dan berinteraksi dalam usia awalan
ditekankan dengan satu sistem pendidikan yang menjadikan mereka sebagai robot?
Finland sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang
boleh dikatakan terbaik di dunia. Bayangkan sebuah negara di mana kanak-kanak
hanyalah perlu bermain sehingga mereka mendapat pendidikan wajib iaitu pada
usia 7 tahun.
Kemudian, tanpa pengecualian mereka menghadiri sekolah
komprehensif iaitu pendidikan tidak berdasarkan peperiksaan dan pencapaian
akedamik sehingga umur 16.
Pelajar pada usia 16 tahun boleh memilih untuk meneruskan
pendidikan mereka sama ada berdasarkan prestasi akademik (lukio) atau trek
vokasional (ammattikoulu), kedua-duanya biasanya mengambil masa tiga tahun dan
memberikan kelayakan untuk meneruskan pengajian tinggi yang dibahagikan kepada
universiti dan politeknik.
Mengenakan yuran sekolah adalah satu kesalahan dan haram di
Finland. Maka negara Finland menawarkan pendidikan percuma dari tadika hingga
universiti berserta makanan percuma untuk semua pelajar.
Selain itu Finland juga menyediakan pengangkutan percuma
untuk pelajar dari kawasan pedalaman. Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan
berdasarkan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan kepandaian akademik. Tiada
pemeriksa, tiada peperiksaan sehingga umur 18 tahun, tiada jadual sekolah,
tiada industri tuisyen swasta, tiada pakaian seragam sekolah.
Kanak-kanak memanggil guru dengan nama pertama mereka.
Pelajar berusia 15 tahun diberi kerja rumah tidak lebih daripada 30 minit
semalam.
Apabila melihat sistem pendidikan begini ramai akan
bertanya-tanya, kalau tak baca buku, tak buat peperiksaan macamana pelajar nak
pandai?
Kadar literasi iaitu keupayaan membaca, menulis dan memahami
Finland adalah 100% berbanding di Malaysia 94.6% iaitu lebih rendah daripada
negara jiran kita Thailand iaitu 96.7%.
Penjara sekolah
Daripada contoh di atas jelas menunjukkan terdapat satu
masalah yang besar dalam sistem pendidikan di negara kita.
Bermula daripada tadika sama ada umur 5 atau 6 tahun
hinggalah 17 tahun (SPM) atau 19 tahun (STPM/Matrikulasi/A Level) pelajar
dipenjarakan dengan satu sistem pendidikan berorientasikan akademik dan
peperiksaan.
Setiap manusia mempunyai kelebihan, keistimewaan dan minat
yang berbeza-beza. Begitu juga pelajar. Pelajar yang mempunyai minat dalam
pembelajaran akan belajar rajin-rajin dan skor markah yang tinggi.
Pelajar yang tiada minat dalam pembelajaran akan terpinggir
dan dikategorikan sebagai pelajar tidak pandai atau bodoh. Inilah sistem
pendidikan yang diagung-agungkan kerajaan sebagai sistem pelajaran “terbaik”.
Malangnya kita terlepas pandang bahawa sistem pendidikan ini
melahirkan pelajar sebagai robot untuk pasaran selepas tamat pengajian mereka.
Benar ungkapan sekolah bagai penjara, universiti bagai kilang dan
pelajar-pelajar produk pasaran kelak.
Gangsterisme
Apakah kaitan sistem pendidikan dengan gangsterisme di
kalangan pelajar?
Majoriti pelajar yang terlibat dalam gangsterisme adalah
golongan yang terpinggir yang diketegorikan dari golongan pelajar tidak pandai.
Memandangkan sistem pendidikan ini yang lebih minat dan memberi perhatian lebih
kepada pelajar pandai, pelajar yang kurang pandai ini mencari dan cuba untuk
mendekati aktiviti atau kumpulan yang memberi perhatian dan penghormatan untuk
mereka.
Di situlah bermulanya penglibatan pelajar kurang pandai ini
dalam aktiviti gangsterisme dan kongsi gelap di mana di situ mereka tiada
tekanan untuk belajar malah lebih kepada aktiviti berfizikal yang mengembirakan
mereka.
Sekiranya daripada awal persekolahan pelajar yang kurang
berminat dengan akademik didedahkan dengan aktiviti sukan, teknikal dan
vokasional, sudah tentu pelajar mampu menjadi cemerlang dalam bidang yang
mereka minati.
Di Malaysia, pelajar sekolah kerajaan tiada pilihan untuk
memilih bidang (teknikal atau vokasional) yang mereka minati kerana semua
dinilai dan diukur berdasarkan prestasi akademik.
Pentadbiran sekolah, guru, pelajar dan semua pihak kejar
mengejar untuk menjadi juara. Tekanan pelbagai penjuru untuk menjadi sekolah
cemerlang, pelajar cemerlang, guru cemerlang hingga melupakan matlamat utama
pendidikan dan kewujudan sekolah.
Di Malaysia, terdapat 91 Sekolah Menengah Vokasional dan
Sekolah Menengah Teknik. Jumlah ini sangat rendah berbanding dengan 5.07 juta
pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pelajar harus dibimbing dan dibangunkan dalam bidang-bidang
yang mereka mempunyai bakat dan minat. Melalui sistem pendidikan yang pelbagai
dan bukan berdasarkan prestasi akademik dan peperiksaan semata-mata mampu
melahirkan pelajar yang berkaliber, berbakat dan berkebolehupayaan.
Sistem pendidikan yang berpelbagai ini mampu mendorong
pelajar dari peringkat awal lagi mengenali diri dan bakat mereka. Pelajar yang
mempunyai kesedaran diri dari peringkat awal akan mengelakkan diri mereka
terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti gangsterism.
Majoriti pelajar yang terjebak dalam gangsterisme adalah
kerana mereka mendapat satu kebanggaan dan pengiktirafan yang tidak diperolehi
di sekolah masing-masing.
Seperti kata peri bahasa, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya, begitulah jika pelajar ini dididik mengikut bakat dan minat mereka
daripada awal, sudah pasti mereka mampu memilih jalan hidup yang lebih baik dan
berguna untuk diri dan negara.
Sistem pendidikan sekolah yang lemah adalah salah satu
faktor gangsterisme di kalangan pelajar sekolah.
Oleh itu kerajaan harus mengambil serius tentang perkara ini
dan mengambil langkah memperkenalkan sistem pendidikan yang berpelbagai dan
dinamik.
Sudah tiba masa untuk transformasi sistem pendidikan negara
demi masa depan rakyat Malaysia.

Disediakan oleh , Diyanah Ellin
Sumber ; http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/04/28/gangsterisme-kerana-sistem-penjara-sekolah-di-malaysia/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan