Langkah Mengatasi Kes Pembuangan Bayi
Kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan
beberapa cara iaitu melibatkan individu yang terlibat iaitu remaja,intitusi
keluarga yang terlibat terutamanya peranan ibu bapa, pendakwah yang terdiri
daripada di kalangan ahli-ahli agama,termasuk badan-badan dakwah dan pihak
kerajaan
Individu yang terlibat ialah mereka yang
terbabit dalam masalah khususnya kes pembuangan bayi, iaitu remaja. Mereka
seharusnya mempunyai kesedaran dan usaha untuk memahami bahawa apa yang mereka
lakukan adalah bercanggah dengan kemurnian agama dan juga salah di sisi
undang-undang.pergaulan bebas tanpa batasan membawa kepada penzinaan dan lahir
anak luar nikah menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku dalam kalangan
remaja.Hal ini jauh daripada kemurnian agama.
Selain itu Institusi kekeluargaan iaitu
peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi sahsiah mereka. Ibu bapa
merupakan insan yang yang mempunyai hubungan paling rapat dengan
anak-anak. Anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain
putih itu.Seharusnya ibu bapa menjadi insan yang paling rapat dengan
anak-anak,terutama remaja di samping mengambil tahu pergerakan mereka setiap
masa, contohnya dengan siapa mereka keluar, ke mana mereka keluar dan
aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Sifat ibu bapa yang
terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mengundang
parah. Sifat ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dengan mengejar kebendaan dan
kemajuan, sememangnya melalaikan tangungjawab ibu bapa untuk mendidik sahsiah
anak-anak dan terutama sekali dengan memberikan kasih sayang yang diperlukan oleh
anak-anak. Ibu bapa seharusnya sedar, bahawa sesibuk mana pun
mereka, tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga seharusnya tetap di jalankan
ataupun dilunaskan. Oleh itu ibu bapa mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah
dan corak kehidupan anak-anak mereka.
Selain
itu, pendakwah yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli agama, termasuk badan-badan dakwah dan pertubuhan agama amat diperlukan dalam membantu menangani masalah pembuangan
bayi. Dalam satu sudut pandangan lain, para pendakwah bukan hanya menghukum dan
menyalahkan pihak-pihak yang terlibat tetapi juga golongan ini seharusnya
memikirkan kaedah-kaedah dan mencadangkan cara penyelesaian masalah ini. Selain itu para pendakwah juga
seharusnya memikirkan bagaimana untuk mendekati golongan yang terlibat dalam
masalah ini. Disamping itu, badan-badan dakwah di
bawah kerajaan mahupun NGO yang terdiri daripda ahli-ahli agama boleh
menganjurkan program-program berbentuk kesedaran motivasi dalam kalangan
masyarakat terutama sekali di kalangan remaja.
Selain daripada agensi-agensi yang
dinyatakan, Pihak Kerajaan juga harus mengambil peranan untuk membantu pihak
dakwah mencegah kes prmbuangan bayi. Kerajaan merupakan pihak yang berhak
menggubal undang-undang atau akta terhadap sesuatu permasalahan atau isu yang
melanda. Pihak kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang lebih serius dan
berkesan untuk membanteras punca-punca masalah sosial yang berlaku terutama
sekali masalah pembuangan bayi di kalangan remaja ini. Pusat-pusat
hiburan, kelab-kelab malam, pusat karaoke, pusat pelacuran, arak, rumah urut,
pusat judi dan lain-lain.Ini merupakan punca-punca masalah sosial yang membawa
pada pergaulan bebas, zina dan kelahiran anak luar nikah. Hiburan, konsert dan
filem-filem yang kini menguasai saluran-saluran televisyen dan
radio,kebanyakannya menyebarkan budaya berbaur lucah adalah salah satu punca
yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Oleh itu,pihak kerajaan
dan agensi-agensi lain memainkan peranan mereka bagi mengawal masalah ini
daripada terus berleluasa.
Kempen mengerjakan solat bagi yang muslim dan
beribadat ke gereja bagi yang keristian juga merupakan salah satu cara bagi
membantu remaja daripada terjerumus dalam gejala sosial. .Pihak kerajaan
keementerian ataupun yayasan yang bertanggungjawab dalam urusan
agama,seharusnya menjadi penggerak utama. Selain itu,penyediaan pusat
keunseling khususnya kepada golongan remaja bermasalah merupakan salah satu
cara yang boleh mengurangkan permasalahan sosial yang berlaku. Tidak dinafikan
bahawa usaha ini telah ada, namun perlu dilipat gandakan lagi kewujudan dan
sokongan dari semua pihak agar kejayaannya lebih berkesan.
Maka dengan itu, remaja hendaklah sedar akan
risiko dan masalah yang akan di hadapi
apabila terjerumus dalam gejala sosial. Oleh itu seruan kepada semua pihak sama
ada individu, keluarga, golongan agama, badan-badan atau pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), masyarakat serta pihak kerajaan agar serius dan tingkatkan
kerjasama dalam usaha membendung isu ini. Selagi usaha dan tindakan masih tidak
dilaksanakan, isu pembuangan bayi tidak akan selesai, malah berbagai-bagai isu
dan tragedi yang lebih menakutkan akan terjadi di negara malaysia.
-Ritah Majip-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan