Sabtu, 12 Ogos 2017

Vandelisme : Gejala yang Perlu Kita Tangani dengan Tegas

Apa itu Vandalisme ?

      Vandalisme membawa maksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Vandalisme merupakan salah satu jenayah moral yang tidak mengenal umur dan pelajar sering kali terjebak dengan masalah ini dengan mudah.

Vandalisme di Malaysia (sumber : http://www.jomria.com/2015/02/punca-remaja-suka-melakukan-vandalisme.html)
      Vandalisme sering berlaku di kalangan anak-anak muda terutamanya remaja lelaki. Perbuatan merosakkan harta benda awam mahupun persendirian ini kadang kala dilakukan untuk meluahkan ketidakpuashatian ataupun dilakukan tanpa sebab yang kukuh, contohnya, atas alasan suka-suka bagi menghilangkan rasa bosan.

      Antara kerosakan yang mereka buat adalah menconteng dinding bangunan dengan tulisan dan lukisan yang lucah dan tidak senonoh, merosakkan pondok telefon awam dan merosakkan kemudahan seperti tempat menunggu bas.Di sekolah pula kerosakan yang dilakukan termasuklah merosakkan meja dan kerusi di kelas serta menconteng dinding bangunan sekolah.
Vandalisme di Malaysia (sumber : http://wwwbmpengurusan.blogspot.my/2010/08/vandalisme.htm)

Vandalisme di seluruh dunia (vandalism in Sbibuya Tokyo, sumber : https://sl.wikipedia.org/wiki/Vandalizem)
      Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah telah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius dan ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).

      Generasi muda yang terlibat dalam masalah ini seperti tidak sedar bahawa aktiviti yang mereka lakukan ini langsung tidak member faedah kepada mereka dan hanyalah suatu perkara yang sia-sia. Mereka hanya fokus kepada rasa ingin bebas dari kongkongan dan tidak memikirkan langsung tentang kesan daripada perbuatan mereka.

   Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

      Menurut Cohen (1968) dan Bowels (1982), terdapat 6 kategori vandalisme yang sering dilakukan iaitu vandalisme yang berbentuk keinginan, vandelisme yang dirancang, vandalisme ideologikal, vandelisme yang bersifat dendam, vandalisme untuk suka-suka serta  vandalisme besifat merosak.

      Sekiranya tidak dicegah, gejala ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit kepada negara kita. Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalsime. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar (dalam Nurain, 2017). Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa vandalisme ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit jika tidak dibendung.

      Pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat luar perlu bersatu bagi menangani masalah ini. Pihak sekolah dan pihak berwajib perlu melaksanakan pelbagai hukuman yang lebih berat agar mereka yang telah dihukum menjadi serik dan tidak berani mengulang perbuatan mereka. Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk membimbing anak sejak kecil agar mereka tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. Masyarakat pula perlu berhenti dari mencemuh sesuka hati tanpa bertindak membendung perkara seperti ini berterusan.

      Oleh itu, marilah kita sama-sama membendung gejala ini berterusan seterusnya merosakkan lagi nilai moral anak-anak muda. Kita perlu mengajak generasi muda untuk bersama-sama mengatakan TIDAK kepada vandalisme.

-Siti Hatiza-

Sumber :

Bowels, J.K.,(1982). The Residence hall vandalism problem: A model for examining destruction behaviour: Journal of Collage and University Student Housing. Jil 12 (1), pp 15-19.

Cohen, S. (1968). The polotics of vandalism. New Society. Jil 12, pp.872-878.

Lee Lam Thye. (1997). Perlakuan buruk generasi baru : Tiga kategori vandalisme.Mingguan Malaysia. 6 Jun. m.s.5.

Mohd. Zin Sham. (1996). Cabaran guru terhadap disiplin pelajar. Seminar disiplin pelajar kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.Genting Highland, Pahang : 27-30 ogos.

Nurain Binti Hj. Sarpan. (2007). Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian ke di Daerah Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.

Jumaat, 11 Ogos 2017

Punca Berlakunya Kes Pembuangan Bayi

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES PEMBUANGAN BAYI

Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu tersohor di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya? Mengapakah hal ini boleh berlaku?

Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. 

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.

Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. 

-Ritah Majip-

Sabtu, 5 Ogos 2017

Jangan sorok kes gangsterisme di sekolah

JOHOR BAHRU: Pihak sekolah diingatkan tidak menyembunyikan kegiatan gangsterisme di sekolah hanya untuk menjaga nama baik sekolah sehingga boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan lambat dijalankan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata gangsterisme di sekolah bukan kegiatan baru tetapi kini isu itu menjadi semakin canggih apabila turut menimbulkan kegiatan jenayah lain termasuk membabitkan wang.

"Jangan sembunyi (kes). Pihak sekolah perlu berterus terang kegiatan gangsterisme di sekolah mereka supaya kita dapat ambil tindakan.

"Pihak sekolah kena bagi maklumat kepada polis kerana langkah penguatkuasaan di bawah (kuasa) polis. Kalau pihak sekolah tidak melaporkan apa-apa kegiatan gangsterisme dengan cepat, maka tindakan diambil oleh polis juga akan lambat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah program Amerin Rotary Charity Carnival 2017, di sini hari ini.

Pada masa sama Nur Jazlan berkata, hubungan erat antara pihak pengurusan sekolah dengan polis setempat juga penting bagi memudahkan maklumat dan langkah pencegahan dijalankan.

Semalam, polis Selangor mengesahkan menahan sembilan lagi pelajar di beberapa sekolah di Klang kerana dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Penahanan pelajar Tingkatan Lima, Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga di sekitar Klang itu susulan penahanan 13 pelajar oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sebelum itu kerana dipercayai menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Setakat ini polis masih menyiasat melihat sejauh mana pembabitan mereka dengan kumpulan kongsi gelap itu.

Disediakan oleh , DIYANA ELLIN
SUMBER ;  https://www.bharian.com.my/node/274932

Gangstrisme kerana sistem ' penjara sekolah' di Malaysia

Berita penahanan 18 pelajar sekolah di Klang yang menjadi viral baru-baru ini mengembalikan perhatian semua pihak terhadap isu pelajar sekolah dalam gangsterism.
Ini bukanlah perkara baru dan penglibatan pelajar sekolah dalam geng kongsi gelap sudah kian lama bertapak di sekolah dan di luar sekolah tetapi hanya menjadi isu kepada kita apabila kejadian sebegini berlaku.
Semua pihak sentiasa menunding jari pada pihak lain untuk menutupkan kelemahan masing-masing. Akhirnya kesemua kesalahan ini akan ditujukan terus kepada pihak ibu bapa kononnya ibu bapa telah gagal membimbing anak mereka dengan baik.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang setimpal dalam memimpin anak-anak mereka menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga dan negara.
Namun, hakikatnya kaum pelajar meluangkan hampir 6-8 jam di sekolah setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. Ini tidak termasuk jika mereka menghadiri kelas tambahan atau aktiviti kurikulum pada hari Sabtu.
Ini menunjukkan sepanjang usia persekolahan, hubungan di antara pelajar dan sekolah tidak dapat dipisahkan.
Penerangan ini bukan untuk menunding jari pada pihak sekolah semata-mata tetapi menukilkan persoalan sama ada sistem pendidikan negara menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti luar seperti gangsterism?
Sistem pendidikan di negara kita terlalu “Exam Oriented” iaitu penilaian prestasi pelajar dibuat berdasarkan penghafalan dan peperiksaan.
Contoh yang sangat mudah, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun di tadika dibekalkan 10-16 buku latihan. Setiap hari diberi 5-10 latihan untuk dibuat di rumah.
Ini adalah perkara benar dan rungutan ibu bapa yang mempunyai anak baru melangkah ke alam prasekolah.
Contoh Finland
Apakah jenis sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita? Kenapa kanak-kanak yang harus bermain dan berinteraksi dalam usia awalan ditekankan dengan satu sistem pendidikan yang menjadikan mereka sebagai robot?
Finland sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang boleh dikatakan terbaik di dunia. Bayangkan sebuah negara di mana kanak-kanak hanyalah perlu bermain sehingga mereka mendapat pendidikan wajib iaitu pada usia 7 tahun.
Kemudian, tanpa pengecualian mereka menghadiri sekolah komprehensif iaitu pendidikan tidak berdasarkan peperiksaan dan pencapaian akedamik sehingga umur 16.
Pelajar pada usia 16 tahun boleh memilih untuk meneruskan pendidikan mereka sama ada berdasarkan prestasi akademik (lukio) atau trek vokasional (ammattikoulu), kedua-duanya biasanya mengambil masa tiga tahun dan memberikan kelayakan untuk meneruskan pengajian tinggi yang dibahagikan kepada universiti dan politeknik.
Mengenakan yuran sekolah adalah satu kesalahan dan haram di Finland. Maka negara Finland menawarkan pendidikan percuma dari tadika hingga universiti berserta makanan percuma untuk semua pelajar.
Selain itu Finland juga menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar dari kawasan pedalaman. Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan berdasarkan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan kepandaian akademik. Tiada pemeriksa, tiada peperiksaan sehingga umur 18 tahun, tiada jadual sekolah, tiada industri tuisyen swasta, tiada pakaian seragam sekolah.

Kanak-kanak memanggil guru dengan nama pertama mereka. Pelajar berusia 15 tahun diberi kerja rumah tidak lebih daripada 30 minit semalam.
Apabila melihat sistem pendidikan begini ramai akan bertanya-tanya, kalau tak baca buku, tak buat peperiksaan macamana pelajar nak pandai?
Kadar literasi iaitu keupayaan membaca, menulis dan memahami Finland adalah 100% berbanding di Malaysia 94.6% iaitu lebih rendah daripada negara jiran kita Thailand iaitu 96.7%.
Penjara sekolah
Daripada contoh di atas jelas menunjukkan terdapat satu masalah yang besar dalam sistem pendidikan di negara kita.
Bermula daripada tadika sama ada umur 5 atau 6 tahun hinggalah 17 tahun (SPM) atau 19 tahun (STPM/Matrikulasi/A Level) pelajar dipenjarakan dengan satu sistem pendidikan berorientasikan akademik dan peperiksaan.
Setiap manusia mempunyai kelebihan, keistimewaan dan minat yang berbeza-beza. Begitu juga pelajar. Pelajar yang mempunyai minat dalam pembelajaran akan belajar rajin-rajin dan skor markah yang tinggi.
Pelajar yang tiada minat dalam pembelajaran akan terpinggir dan dikategorikan sebagai pelajar tidak pandai atau bodoh. Inilah sistem pendidikan yang diagung-agungkan kerajaan sebagai sistem pelajaran “terbaik”.
Malangnya kita terlepas pandang bahawa sistem pendidikan ini melahirkan pelajar sebagai robot untuk pasaran selepas tamat pengajian mereka. Benar ungkapan sekolah bagai penjara, universiti bagai kilang dan pelajar-pelajar produk pasaran kelak.
Gangsterisme
Apakah kaitan sistem pendidikan dengan gangsterisme di kalangan pelajar?
Majoriti pelajar yang terlibat dalam gangsterisme adalah golongan yang terpinggir yang diketegorikan dari golongan pelajar tidak pandai. Memandangkan sistem pendidikan ini yang lebih minat dan memberi perhatian lebih kepada pelajar pandai, pelajar yang kurang pandai ini mencari dan cuba untuk mendekati aktiviti atau kumpulan yang memberi perhatian dan penghormatan untuk mereka.
Di situlah bermulanya penglibatan pelajar kurang pandai ini dalam aktiviti gangsterisme dan kongsi gelap di mana di situ mereka tiada tekanan untuk belajar malah lebih kepada aktiviti berfizikal yang mengembirakan mereka.
Sekiranya daripada awal persekolahan pelajar yang kurang berminat dengan akademik didedahkan dengan aktiviti sukan, teknikal dan vokasional, sudah tentu pelajar mampu menjadi cemerlang dalam bidang yang mereka minati.
Di Malaysia, pelajar sekolah kerajaan tiada pilihan untuk memilih bidang (teknikal atau vokasional) yang mereka minati kerana semua dinilai dan diukur berdasarkan prestasi akademik.
Pentadbiran sekolah, guru, pelajar dan semua pihak kejar mengejar untuk menjadi juara. Tekanan pelbagai penjuru untuk menjadi sekolah cemerlang, pelajar cemerlang, guru cemerlang hingga melupakan matlamat utama pendidikan dan kewujudan sekolah.
Di Malaysia, terdapat 91 Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Jumlah ini sangat rendah berbanding dengan 5.07 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pelajar harus dibimbing dan dibangunkan dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai bakat dan minat. Melalui sistem pendidikan yang pelbagai dan bukan berdasarkan prestasi akademik dan peperiksaan semata-mata mampu melahirkan pelajar yang berkaliber, berbakat dan berkebolehupayaan.
Sistem pendidikan yang berpelbagai ini mampu mendorong pelajar dari peringkat awal lagi mengenali diri dan bakat mereka. Pelajar yang mempunyai kesedaran diri dari peringkat awal akan mengelakkan diri mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti gangsterism.
Majoriti pelajar yang terjebak dalam gangsterisme adalah kerana mereka mendapat satu kebanggaan dan pengiktirafan yang tidak diperolehi di sekolah masing-masing.
Seperti kata peri bahasa, melentur buluh biarlah daripada rebungnya, begitulah jika pelajar ini dididik mengikut bakat dan minat mereka daripada awal, sudah pasti mereka mampu memilih jalan hidup yang lebih baik dan berguna untuk diri dan negara.
Sistem pendidikan sekolah yang lemah adalah salah satu faktor gangsterisme di kalangan pelajar sekolah.
Oleh itu kerajaan harus mengambil serius tentang perkara ini dan mengambil langkah memperkenalkan sistem pendidikan yang berpelbagai dan dinamik.
Sudah tiba masa untuk transformasi sistem pendidikan negara demi masa depan rakyat Malaysia.

 Disediakan oleh , Diyanah Ellin
Sumber ;  http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/04/28/gangsterisme-kerana-sistem-penjara-sekolah-di-malaysia/

Isu Buli: Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Masalah Buli di Sekolah

  Bagaimana Pendidikan Moral Dapat Mengatasi Kes Buli di Sekolah Pendidikan Moral dapat mengatasi masalah buli kerana dalam p...